26 Jun 2009

Sejarah Ringkas Parti DAP

Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial
yang

“berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

Pada Ogos 1966, “Lidah Rasmi” Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali


1. Bulatan berwarna biru adalah lambang perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
2. Latar belakang berwarna putih sebagai lambang kemurniaan dan kejujuran.
3. Roket berwarna merah sebagai aspirasi Parti dalam membina sebuah masyarakat yang moden, dinamik dan progresif. Empat pemacu roket berwarna biru menandakan sokongan dan daya gerak kepada matlamat Parti oleh ketiga-tiga bangsa utama di Malaysia – Melayu, Cina, India – dan lain-lain