29 Oktober 2009

Sokong sekolah satu aliran

KUALA LUMPUR 28 Okt. – Saranan tokoh akademik, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim supaya kerajaan melaksanakan sekolah satu aliran bagi memastikan perpaduan antara kaum tercapai, disepakati Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dan pembangkang.
Mereka bersetuju bahawa perpaduan antara kaum harus menjadi matlamat utama kerajaan dan usaha mewujudkan sekolah satu aliran mungkin boleh menjadi titik tolak ke arah itu.
Hamim Samuri (BN-Ledang) berkata, sistem pendidikan yang mengamalkan sekolah pelbagai aliran sekarang tidak akan membantu kerajaan menyatupadukan rakyat apatah lagi untuk menyelami makna sebenar gagasan 1Malaysia.

Justeru, beliau mencadangkan supaya semua sekolah menengah di negara ini dibuat dalam satu aliran bagi memastikan pelajar daripada semua kaum berada di bawah satu bumbung perpaduan.
‘‘Kita boleh kekalkan sekolah pelbagai aliran di peringkat sekolah rendah tetapi ia wajar dijadikan satu aliran apabila di peringkat sekolah menengah.
‘‘Dalam konteks ini kerajaan harus mengambil alih semua sekolah menengah dengan menjadikannya satu aliran supaya anak-anak kita dapat belajar dalam satu sekolah yang sama,’’ katanya ketika membahaskan Bajet 2010 pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Datuk Abd. Halim Abd. Rahman (Pas-Pengkalan Chepa) yang bersetuju dengan Hamim pula berkata, hasil pengamatan dan kajian yang dibuat telah mendapati sistem pendidikan sekarang tidak ada titik pertemuan.
‘‘Sistem pendidikan kita sekarang ini seperti landasan kereta api yang akhirnya tidak ada titik pertemuan dan itulah yang pernah dibangkitkan oleh Profesor Kay Kim sebelum ini,’’ katanya.
Suara Tony Pua (DAP-Petaling Jaya Utara) dalam hal ini senada apabila beliau bersetuju sekolah satu aliran diwujudkan di peringkat sekolah menengah supaya matlamat perpaduan dicapai.
‘‘Saya bersetuju dengan Yang Berhormat Ledang supaya kerajaan menjadikan peringkat sekolah menengah sebagai sekolah satu aliran,’’ katanya.
Bagaimanapun, beliau berkata, pelajar Melayu yang bijak dan ditempatkan di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) perlu juga disatukan di sekolah menengah.
Katanya, ia membolehkan kebijaksanaan pelajar MRSM dapat dikongsi bersama dengan pelajar lain.Kay Kim dalam ceramah bertajuk 1Malaysia: Cabaran dan Harapan pada program Semarak Perpaduan dan Patriotisme di Pulau Pinang baru-baru ini mencadangkan pelaksanaan sekolah satu aliran.Menurut Kay Kim, sekolah pelbagai aliran sekarang merupakan sistem peninggalan penjajah yang tidak mampu mewujudkan negara bangsa yang benar-benar bersatu padu.‘‘Sistem pendidikan sekarang tidak memerlukan sekolah pelbagai aliran kerana bahasa ibunda setiap kaum boleh dimasukkan sebagai sebahagian daripada kurikulum di dalam bilik pembelajaran.

Sumber :http://www.utusan.com.my

26 Oktober 2009

MARILAH KITA BERSATU SEBELUM TERLAMBAT

Muktamar khas: PAS pusat nyatakan pendirian esok


PAS pusat akan mengadakan satu sidang media pagi esok bagi menyatakan pendiriannya terhadap desakan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".

Nik Aziz membuat itu dalam laman blognya ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan."Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)," tulis Nik Aziz dalam blognya.Nik Aziz berkata, beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tandatanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Sidang akhbar tersebut akan berlangsung di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di ibunegara pada jam 11 pagi esok.

Sidang media di bilik mesyuarat utama itu, akan di ketuai oleh Mustafa Ali.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata desakan Nik Aziz itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat parti itu "dalam tempoh terdekat ini."

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan perenggan. Katanya, PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada mursyidul am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas itu.

"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris kepada Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelak isu ini dimanipulasi.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

Harakahdaily juga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS

22 Oktober 2009

Politik Orang Melayu Dan Islam



21 Oktober 2009

Pelik Tapi Benar





















20 Oktober 2009

16 September Hari Malaysia cuti umum

KUALA LUMPUR 19 Okt. - Mulai tahun depan, ulang tahun sambutan Hari Malaysia pada 16 September diisytiharkan sebagai cuti umum di seluruh negara.
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan keputusan itu yang dibuat oleh Jemaah Menteri baru-baru ini bertujuan mengingati sejarah penubuhan Malaysia pada 16 September 1963.
Menurutnya, ini bermakna mulai 2010, rakyat akan merayakan dua hari kebangsaan secara berkembar iaitu Hari Kemerdekaan dan Hari Malaysia.
Tambah beliau, menerusi Hari Malaysia, kerajaan mahu suka duka rakyat di Sabah dan Sarawak selepas mereka membuat keputusan untuk menyertai Malaysia sejak 1963 turut dirasai penduduk di Semenanjung.

"Hari Merdeka pada 31 Ogos kekal diraikan bagi mengingati perjuangan mencapai kemerdekaan dengan pelbagai acara rasmi seperti perarakan untuk mengingati detik bersejarah itu.
"Hari Malaysia pula dirayakan dengan acara-acara bersifat mengerat perpaduan, persefahaman antara kaum, kejayaan dan pencapaian masyarakat dalam bidang sukan, sosiobudaya, dan kesenian bagi menyemarakkan semangat 1Malaysia," katanya.
Perdana Menteri berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Dr. Marcus Majigoh (BN-Putatan) pada sidang Dewan Rakyat di sini hari ini.
Majigoh sebelum itu ingin mengetahui sejauh mana penerimaan rakyat ke atas seruan 'kita berdiri, kita berfikir dan bertindak sebagai bangsa Malaysia'.
Perdana Menteri menjawab soalan Majigoh itu serentak dengan 15 soalan Ahli Parlimen lain yang turut menyentuh isu serupa.
Dalam pada itu, Najib menambah, bagi meningkatkan lagi perhubungan antara Semenanjung, Sabah dan Sarawak, kekerapan penerbangan akan dipertingkatkan, pembinaan prasarana bakal diperbanyakkan dan isu kerakyatan akan diberi perhatian serius oleh kerajaan.
Dalam jawapan lisan itu juga, Najib mengambil kesempatan menerangkan bahawa gagasan 1Malaysia yang diperkenalkan beliau selepas dilantik sebagai Perdana Menteri telah menjadi gagasan yang digemari ramai khususnya generasi muda.
"Boleh dikatakan tahap pertama dalam pelaksanaan gagasan 1Malaysia telah mencapai matlamatnya. Sama-samalah kita berdoa semoga niat suci kerajaan untuk memupuk perpaduan tulen benar-benar berjaya," katanya.
Menjawab soalan tambahan Majigoh sama ada negara ini wajar mempunyai satu identiti bangsa seperti di Indonesia, Thailand dan Filipina, Najib menjelaskan, beliau bersetuju dengan pendapat tersebut.
Bagaimanapun, katanya, asas pembinaan negara sejak dari awal lagi berasaskan mengintegrasi dan bukannya mengasimilasi seperti yang berlaku di Indonesia, Thailand dan Filipina.
"Ini menunjukkan kepimpinan kita dari awal lagi bersifat terbuka dan inklusif kerana kerajaan melihat itulah jalan terbaik apabila kita dapat menampilkan suatu kekuatan berdasarkan bersatu dalam kepelbagaian.
"Tidak ada negara lain yang unik macam Malaysia. Kita berpegang kepada teras perlembagaan dan boleh menerima unsur-unsur yang berbeza sebagai budaya yang terkandung di bawah bumbung 1Malaysia," jelasnya.
Sementara itu, menjawab soalan Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Pas-Marang) mengenai dasar Islam Hadhari, Perdana Menteri berkata, setiap dasar baru merupakan kesinambungan kepada dasar terdahulu dengan mendasari nilai menyokong usaha mencapai Wawasan 2020.
Menurut beliau, tidak mungkin sesuatu dasar yang digubal itu boleh berjaya dalam satu penggal kerana ia merupakan kesinambungan perjalanan yang panjang

http://www.utusan.com.my/

19 Oktober 2009

1Malaysia tidak bermakna Melayu terus bertolak ansur


Perwakilan Johor hari ini menggesa Umno supaya tidak terjebak dengan andaian bahawa gagasan 1Malaysia akan menjadikan orang Melayu bertolak ansur dengan tuntutan kesamarataan oleh bukan Melayu.

Bercakap ketika membahaskan ucapan dasar presiden parti itu, Datuk Samsol Bari Jamali hari ini berkata gagasan 1Malaysia yang dipelopori presiden parti itu merupakan "penawar" kepada gagasan Malaysian Malaysia yang didakwa telah mencabul hak Melayu yang telah disepakati.

"Dalam usaha mencapai gagasan 1Malaysia ini kita tidak harus terjebak dan terperangkap dengan andaian kita akan terus bertolak ansur," kata Samsol.

"Unsur berkompromi ini, berakomodasi ini dan bertolak ansur yang selama ini kita amalkan dengan niat yang baik sama ada ianya secara sedar atau tidak sedar telah mengundang persepsi dan penilaian yang berbeza di kalangan kita sendiri," katanya lagi.

Menurutnya, ada di kalangan orang Melayu yang telah "meluat dan bosan" dengan kompromi ang ditunjukkan selama ini kerana telah menyebabkan kepentingan golongan itu semakin terhakis sehingga menyebabkan kehilangan sokongan dari orang Melayu sendiri.

"Hakikatnya, sebenarnya selama ini fahaman terhadap amalan berkompromi adalah saling menguntungkan.

"Namun demikian ia juga secara kumulatif berlaku kecairan kepentingan Melayu Bumiputera yang sentiasa kelihatan mengalah dan dari segi kosnya kita membayar dengan kehilangan sokongan demi sokongan di kalangan kita sendiri," jelas Samsol.

Katanya lagi, keadaan berlaku sedangkan orang Melayu masih membenarkan orang bukan Melayu mengekalkan ciri budaya, meraih kekayaan dan berkongsi kuasa.

"Keadaan ini membawa natijah berlakunya kezaliman terhadap kepentingan dan peranan bumiputera, misalnya kita membenarkan pihak-pihak lain mengekalkan ciri kebudayaan mereka tetapi mereka masih menuntut kesamarataan.

"Dari segi ekonomi pula kita membenarkan mereka meraih dan mengekalkan sebanyak-banyaknya kekayaan namun mereka masih menghalang pengagihan saksama kekayaan negara ini.

"Dalam politik pula kita ambil maklum kita berkongsi kuasa memerintah negara tetapi masih pula ada pihak yang masih mencabar kedaulatan Melayu yang ada," katanya lagi.

Jelasnya lagi, kompromi dengan bukan Melayu mestilah dilaksanakan tanpa menjejaskan kedaulatan Melayu seperti yang diperuntukkan perlembagaan.

"Justeru, segala bentuk kompromi, akomodasi dan tolak ansur ini mestilah dilaksanakan tanpa menjejaskan kedaulatan Melayu seperti termaktub dalam perlembagaan agar keyakinan orang Melayu dan bumiputera terhadap Umno sebagai pembela dan pelindung akan kekal," tambahnya.

Menurutnya, konsep kesamarataan yang dikatakan sebagai pengisian Malaysian Malaysia tidak membawa "makna kewujudan kepada seluruh bangsa Malaysia."

"Malahan ia boleh menjurus kepada kezaliman bila hak yang sah dalam undang-undang ini yang disepakati dan digubal bersama, dicabul dan dinafikan.

"Maka sebab itulah gagasan 1Malaysia ini akan menjadi penawar kepada racun dalam gagasan Malaysian Malaysia sehingga berlaku kezaliman terhadap kaum bumiputera," kata Samsol.

Beliau turut menolak pandangan yang menyamakan gagasan yang dipelopori presiden Datuk Seri Najib Razak itu dengan gagasan Malaysian Malaysia.

"Sesungguhnya kita menolak andaian yang menyamakan gagasan 1Malaysia dengan Malaysian Malaysia kerana pada hakikatnya Malaysian Malaysia itu yang berpaksikan kesamarataan akan menjurus kepada ketidakadilan sosial dalam konteks Malaysia yang ada," katanya

Katanya lagi golongan yang mendokong gagasan Malaysian Malaysia itu juga telah menimbulkan prasangka di kalangan masyarakat terhadap peruntukan hak-hak Melayu di dalam perlembagaan.

"Pendokong Malaysian Malaysia itu sentiasa membuat tafsiran penuh prasangka dan serong terhadap peruntukan perlembagaan yang ada.

"Tafsiran inilah yang digembar-gemburkan dan diseleweng hingga menjadi punca timbulnya penuh prasangka dan ketidakadilan berlaku pada pihak yang lain sedangkan pihak yang berprasangka ini menguasai kemewahan tanpa batasan," katanya lagi.

Sumber: http://www.malaysiakini.com/

13 Oktober 2009

Kontrak sosial - Tanah Melayu (Malaya) / Malaysia


Kontrak sosial di Malaysia merujuk kepada perjanjian oleh bapa-bapa kemerdekaan negara dalam Perlembagaan, dan merupakan penggantian beri-memberi atau quid pro quo melalui Perkara 14–18 yang berkenaan dengan pemberian kewarganegaraan Malaysia kepada orang-orang bukan Melayu, dan Perkara 153 yang memberikan hak istimewa rakyat kepada mereka daripada kaum bumiputera. Istilah ini juga kekadang digunakan untuk merujuk kepada bahagian-bahagian yang lain dalam Perlembagaan, seperti Perkara yang mengatakan bahawa Malaysia adalah sebuah negara sekular.

Dalam konteks biasa yang berkaitan dengan hubungan ras, kontrak sosial telah kerap kali dibidaskan, termasuk juga oleh ahli-ahli politik dalam kerajaan campuran Barisan Nasional yang menegaskan bahawa tidak habis-habis bercakap tentang hutang orang-orang bukan Melayu kepada orang-orang Melayu terhadap kewarganegaraan yang diberikan telah merenggangkan golongan-golongan bukan Melayu daripada negara mereka. Kritikan-kritikan seumpama ini telah ditentang oleh media Melayu dan Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (UMNO), parti politik yang terbesar dalam Barisan Nasional. Banyak orang Melayu, biasanya daripada UMNO, telah mempergunakan kontrak sosial ini untuk mempertahankan prinsip Ketuanan Melayu

Syarat-syarat kontrak
Perlembagaan Malaysia tidak merujuk kepada sebuah "kontrak sosial" (dari segi hak kewarganegaraan dan hak istimewa) secara ketara, dan tidak terdapat sebarang undang-undang atau dokumen yang pernah menjelaskan syarat-syarat kontrak sosial secara penuh. Pembela-pembelanya sering merujuk kepada Perlembagaan sebagai mengemukakan kontrak sosial, dan bapa-bapa kemerdekaaan juga bersetuju dengannya, walaupun rujukan kepada kontrak sosial tidak dibuat dalam Perlembagaan. Sebaliknya, kontrak sosial biasanya dianggap sebagai suatu persetujuan yang memberikan kewarganegaraan kepada orang-orang bukan Melayu dan bukan orang asli (kebanyakannya orang Malaysia Cina dan Malaysia India) sebagai ganti untuk pemberian hak keistimewaan kepada orang-orang Melayu dan orang-orang asli (dirujuk secara kolektif sebagai Bumiputera). Sebuah buku teks kajian Malaysia pendidikan tinggi yang menepati sukatan pelajaran kerajaan mengatakan: "Oleh sebab pemimpin-pemimpin Melayu bersetuju untuk melonggarkan syarat-syarat kewarganegaraan, pemimpin-pemimpin komuniti Cina dan India telah menerima kedudukan istimewa Melayu sebagai penduduk asli Malaya. Dengan penubuhan Malaysia, status kedudukan istimewa itu diperluas untuk merangkumi komuniti-komuniti penduduk asli Sabah dan Sarawak

Perlembagaan secara ketara memberikan tanah rizab Bumiputera, kuota dalam perkhidmatan awam, biasiswa dan pendidikan awam, kuota untuk lesen perniagaan, dan kebenaran untuk memonopoli industri-industri yang tertentu, jika kerajaan membenarkan. Bagaimanapun pada hakikatnya, khususunya selepas pengenalan Dasar Ekonomi Baru Malaysia (NEP), akibat rusuhan kaum pada 13 Mei 1969 ketika kaum Melayu hanya memiliki 4% daripada ekonomi Malaysia, hak-hak istimewa Bumiputera diperluas kepada bidang-bidang yang lain; kuota-kuota ditentukan untuk ekuiti Bumiputera dalam perbadanan awam, dan diskaun-diskaun sebanyak 5% hingga 15% untuk membeli kereta dan harta tanah diberikan.
Setengah-setengah orang mengatakan bahawa kecondongan terhadap orang-orang Melayu dalam pendidikan dan politik sebahagiannya merupakan tindak balas terhadap keupayaan orang-orang Malaysia Cina untuk memperoleh kebanyakan kekayaan negara itu. Bagaimanapaun, orang-orang Malaysia India boleh mengemukakan hujah bahawa merekalah yang mengalami kerugian yang paling banyak, walaupun ini boleh dipertikaikan.
Kerajaan ada mengundurkan sistem kuota untuk kemasukan ke universiti-universiti awam pada 2003 dan memperkenalkan dasar "meritokrasi". Bagaimanapun, sistem baru ini dikritik secara meluas oleh orang-orang bukan Bumiputera kerana hanya memanfaatkan kaum Bumiputera yang ditempatkan dalam rancangan matrikulasi yang menonjolkan kerja kursus yang agak mudah sedangkan orang-orang bukan Bumiputera terpaksa mengambil Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM). Walaupun secara teori, orang-orang bukan Bumiputra boleh masuk aliran matrikulasi, ini jarang berlaku pada hakikatnya. Meritokrasi juga dikritik oleh sebilangan pihak dalam UMNO sebagai berdiskriminasi kerana ia mengakibatkan orang-orang Melayu luar bandar terkebelakang dalam kadar kemasukan universiti.


Suruhanjaya Reid yang menyediakan kerangka Perlembagaan menyatakan dalam laporannya bahawa Perkara 153, tulang belakang kontrak sosial, adalah bersifat sementara, dan menyesyorkan bahawa ia dikaji semula 15 tahun selepas kemerdekaan. Suruhanjaya juga menyatakan bahawa perkara itu dan peruntukan-peruntukannya hanya diperlukan untuk mengelakkan keadaan tiba-tiba yang tidak menguntungkan kepada orang-orang Melayu dalam persaingan dengan ahli-ahli masyarakat Malaysia yang lain, dan hak-hak istimewa yang diberikan kepada orang-orang Melayu oleh perkara itu harus dikurangkan secara beransur-ansur dan akhirnya dihapuskan. Bagaimanapun, disebabkan Peristiwa 13 Mei yang menyebabkan pengisytiharan darurat, tahun 1972 yang merupakan tahun kajian semula Perkara 153 berlangsung tanpa sebarang peristiwa.
Menurut penyokong-penyokong kontrak sosial, sebagai balasan untuk enakmen peruntukan-peruntukan yang pada asalnya bersifat sementara, orang-orang Malaysia bukan Melayu diberikan kewarganegaraan di bawah Bab I Bahagian III dalam Perlembagaan. Perlu diingatkan bahawa hak-hak istimewa orang-orang bukan Bumiputera juga telah diberikan apabila negara mendapat kemerdekaan, antaranya penubuhan sekolah-sekolah vernakular seperti sekolah cina dan tamil. Hak-hak ini juga bersifat sementara apabila di dalam Perlembagaan, iaiya mesti dimansuhkan 10 tahun selepas merdeka. Walaubagaimanapun, ianya sudah termaktub di dalam Akta Pelajaran 1996 bilamana kewujudan sekolah-sekolah vernakular dibenarkan untuk diteruska
Justeru, kecuali hak-hak istimewa Bumiputera, orang-orang bukan Bumiputera dianggap sebagai sama saja dengan orang-orang Bumiputera dan diberikan semua hak kewarganegaraan di bawah Bahagian II dalam Perlembagaan. Pada tahun-tahun
kebelakangan ini, sebilangan orang telah mencuba untuk membekalkan warganegara-warganegara Melayu dengan lebih banyak hak politik menurut falsafah ketuanan Melayu. Kebanyakan penyokong ketuanan Melayu memperdebatkan bahawa hak-hak tambahan ini telah ditulis dalam undang-undang dan hanya perlu dipertahankan daripada pembangkang-pembangkang.
Apabila mengambil alih jawatan presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman (kemudian menjadi Perdana Menteri Malaysia pertama) menyatakan bahawa "...apabila kami (orang-orang Melayu) menentang Malayan Union (yang menjejaskan kedudukan hak-hak orang Melayu), kaum-kaum lain tidak mengambil bahagian kerana mereka mengatakan ini hanya merupakan masalah Melayu, dan bukan masalah mereka. Mereka juga menunjukkan bahawa kesetiaan mereka adalah kepada negara-negara asal mereka dan oleh itu, menentang Laporan Barnes yang bertujuan untuk menjadikan bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan. Jika kami menyerahkan orang-orang Melayu kepada orang-orang yang dikatakan orang Malaya ketika kerakyatan mereka masih belum ditakrifkan, kami akan menghadapi banyak masalah pada masa hadapan." Bagaimanapun, dia menambah bahawa "Bagai mereka yang mencintai dan berasi bahawa mereka terhutang kesetiaan yang tidak berbelah bagi, kami menyambut mereka sebagai orang Malaya. Mereka harus merupakan orang Malaya yang benar, dan mereka akan mempunyai hak-hak dan hak-hak istimewa yang sama dengan orang-orang Melayu."



Kritikan awal
Artikel 153, dan diterangkan oleh kontrak sosial, telah merupakan satu sumber kontoversi semenjak hari-hari mula bagi Malaysia. Ahli politik Singapura, Lee Kuan Yew (kemudian menjadi Perdana Menteri Singapura) Parti Tindakan Rakyat (PAP; cawangannya di Malaysia kemudiannya menjadi Parti Tindakan Demokratik atau DAP) secara umumnya mempersoalkan keperluan Artikel 153 dalam Parliamen, dan menyeru satu "Malaysian Malaysia". Mempersoalkan kontrak sosial , Lee telah menyatakan: "Merujuk kepada sejarah, orang Melayu telah mula untuk berhijrah ke Malaysia dalam bilangan yang banyak hanya kira-kira 700 tahun yang lalu. Dalam 39 peratus orang Melayu di Malaysia hari ini, kira-kira sepertiga secara perbandingan hanya imigran seperti setiausaha agung UMNO, Dato' Syed Ja'afar Albar, yang datang ke Malaya dari Indonesia sebelum perang ketika berumur lebih tiga puluh tahun.
Namun begitu kita juga perlu sedar bahawa penghijrahan orang melayu adalah dari Gugusan Kepulauan Melayu (Tanah Melayu,Indonesia,Brunei,Filipina,Singapura dan Thailand) ketika itu yang mempunyai agama, bahasa dan adat yang seakan sama seperti orang melayu di tanah melayu. Justeru perkara ini tidak boleh dipertikaikan berbanding kaum lain seperti cina dan india yang dibawa oleh penjajah ketika itu datang dari negara China dan negara India yang mempunyai agama,bahasa dan adat yang jauh berbeza.


Penggunaan dalam konteks lain
Kontrak sosial kadangkala digunakan untuk merujuk kepada konteks yang tidak melibatkan hubungan kaum. Dalam pilihanraya umum Malaysia 2004, DAP bertanding atas dasar untuk mempertahankan "kontrak sosial" dengan menentang teokrasi Islam, yang dilarang oleh Perlembagaan, tetapi disokong oleh bekas Perdama Menteri,Mahathir bin Mohamad, Lim Keng Yaik dan PAS, parti politik Melayu yang kedua terbesar dalam negara.

Pelbagai bantahan
Menteri Tenaga, Air dan Komunikasi Datuk Seri Dr Lim Keng Yaik (Ketika itu) yang juga Presiden Gerakan dilaporkan meminta supaya formula itu diketepikan kerana ia membuatkan kaum Cina dan India 'kecil hati'. Beliau merasmikan Konvensyen Anak Malaysia anjuran Pergerakan Pemuda Gerakan pada 13 Ogos 2005

Subjek Kontrak Sosial
Pada 22 Oktober 2008, Sultan Perak Sultan Azlan Shah mencadangkan supaya subjek kontrak sosial diperkenalkan di di institusi pendidikan supaya generasi muda di negara ini memahaminya dengan lebih mendalam.
Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyarankan kontrak sosial menjadi subjek ko kurikulum di universiti-universiti kerana bukan semua faham dengan kontrak sosial ini. Isu kontrak sosial sebenarnya sudah lama selesai dan ia harus diterima oleh semua pihak. Beliau berkata demikian semasa menyampaikan ceramah 'Politik Melayu-Islam Kemelut dan Penyelesaian' di Dewan Budaya Universiti Sains Malaysia (USM) pada 21 Oktober 2008.
Memanglah semua kaum ada rasa tidak puas hati sedikit sebanyak. Kita akui hakikat ini tetapi jangan cuba persoalkan hak orang Melayu melalui cara yang tersirat .Kita harus berpijak di bumi yang nyata. Lagipun kontrak sosial sudah termeterai dan dipersetujui bersama sejak sekian lama.
Menteri Pelajaran Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein menegaskan subjek ini / penekanan topik dalam subjek Sejarah hanya boleh diperkenalkan pada 2010. Ini kerana ia perlu kajian menyeluruh , tenaga pengajar, peralatan, dan prasarana yang mencukupi. Jika tidak , ia akan dipolitikkan dan menjadi polemik berpanjangan.
Pada 16 Ogos 2008, Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman menegaskan formula kontrak sosial yang berteraskan Perlembagaan Malaysia bukanlah diskriminasi kaum. Sebaliknya ia terbukti menjamin perpaduan antara kaum.

01 Oktober 2009

Rumah pelacuran

Rumah pelacuran merujuk kepada tempat kegiatan pelacuran dilakukan, ia memberikan para pelacur tempat untuk bertemu dan mengadakan hubungan seks dengan para pelanggan. Di sesetengah tempat, terdapat rumah pelacuran berlesen dan di banyak negara, tempat-tempat seperti rumah urut dibenarkan untuk berfungsi sebagai rumah pelacuran, dengan beberapa tahap peraturan dan kekangan. Terpulang padapengezonan, rumah pelacuran mungkin dihadkan kepada daerah lampu merah khusus atau 'zon-zon toleransi'. Alasan memberi keizinan sedemikian adalah bagi memudahkan pihak berkuasa memantau kebersihan, kesihatan dan kegiatan pelacuran ini.

Pelacuran adalah perbuatan menjual tubuh dengan harapan mendapat imbuhan seperti duit atau seumpamanya. Pelacuran sering di lakukan wanita sama ada dipaksa oleh sindiket dalang pelacuran yang di kenali sebagai bapak ayam. Malah ada juga wanita yang menjadi pelacur untuk mencari kesenangan dan kemewahan hidup. Pelacur juga tidak mengira pelanggan asalkan pelanggan tersebut membayar wang yang diminta dan seterusnya pelanggan tersebut bebas menikmati tubuh pelacur itu tanpa sebarang halangan.

Malah baru-baru ini trend pelacuran mula menular di kalangan gadis-gadis Melayu yang bermasalah. Malah ada di antara punca gadis-gadis Melayu terjebak dengan kegiatan pelacuran adalah di sebabkan beberapa faktor semasa. Di antaranya adalah di tipu sindiket yang menjanjikan peluang pekerjaan di bandar-bandar dengan gaji lumayan. Malah sindiket ini juga mensasarkan gadis-gadis kampung dan juga pelajar lepasan sekolah yang kebanyakan masih muda dan memerlukan pekerjaan. Malah faktor untuk mencari kesenangan hidup dengan mudah mendorong gadis-gadis melayu terjebak menjadi pelacur. Malah Gadis-gadis melayu yang terjebak dengan kegiatan pelacuran ini di lindungi oleh bapak-bapak ayam yang kebanyakkan tauke-tauke cina. Malah bapak ayam ini juga hanya menawarkan khidmat pelacur gadis Melayu pada pekerja-pekerja asing seperti Pekerja Bangladesh, Nepal, Myamar dan sebagainya . Ada juga bapak ayam ini enggan menerima pelanggan dari kalangan Lelaki Melayu. Malah pelacur gadis Melayu hanya boleh dilanggan oleh bukan Melayu sahaja. Harga setiap pelacur gadis Melayu begitu murah sekitar RM150 – RM 200 berbanding dengan pelacur dari kalangan bukan Melayu.

Beberapa akhbar berbahasa Melayu ada melaporkan kegiatan pelacuran di mana beberapa gadis Melayu melayan nafsu pekerja Bangladesh di rumah kongsi pekerja pada malam raya aidilfitri yang lepas. Peristiwa ini sungguh menduka citakan. dan sangat memalukan. Walaupun pihak polis berjaya menahan mereka, tetapi dengan hukuman yang ringan seperti denda tidak akan dapat membanteraskan kegiatan ini. Ada juga sindiket yang sanggup membayar denda untuk melepaskan pesalah-pesalah ini.

Kegiatan pelacuran di kalangan gadis-gadis Melayu perlu di banteraskan sehingga ke akar umbi. Orang Melayu sebagai kaum Peribumi di Malaysia harus sedar bahawa permasalahan ini perlu di basmi sepenuhnya. Jangan biarkan ia menjadi barah dalam masyarakat kita. Jangan sampai kita di labelkan sebagai kaum yang hina oleh kaum-kaum lain. Mampukah kita memerhati anak-anak gadis kita di jamah tubunhya oleh kaum-kaum pendatang dengan sewenang-wenangnya semata-mata kerana Duit yang tak seberapa itu. Jangan kita asyik sibuk berpolitik sedangkan permasalahan ini membarah dalam masyarakat kita.