29 September 2009

Cadangan- Pesalah Khalwat bukan Islam Juga harus di hukum

Cadangan yang dibuat ialah untuk mengenakan hukuman berat terhadap perlakuan jenayah syariah termasuk kes khalwat, pelacuran, mabuk, judi dan sebagainya.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah untuk turut sama mengheret mana-mana orang bukan Islam yang terlibat dalam kes-kes khalwat dengan mana-mana pasangan mereka yang beragama Islam. Saya pasti, ramai antara kita yang sudah lama tertunggu-tunggu cadangan seperti ini dikemukakan. Adalah tidak adil sekiranya hanya mana-mana pihak yang beragama Islam dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan mereka yang jelas bersubahat dan mendorong orang Islam terbabit melanggar undang-undang dibiarkan terlepas dan bermaharajalela tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Saya juga sangat berharap agar cadangan ini yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, turut sama memasukkan serta dapat menyabitkan mana-mana pihak bukan Islam yang menggajikan GRO-GRO Islam, tukang-tukang urut wanita Islam serta mana-mana pihak yang bersubahat serta menggalakkan mana-mana orang Islam untuk melanggar undang-undang syariah, turut sama diheret dan dihukum dalam mana-mana mahkamah (dalam kes ini, tentulah mahkamah sivil), dan tidak hanya tertumpu kepada kes-kes khalwat.

Cadangan yang dikemukan untuk memberikan hukuman yang lebih berat termasuk meningkatkan jumlah hukuman rotan sangat saya persetujui. Jika anda biasa membaca tabloid Bahasa Melayu, kebanyakan dari kes-kes khalwat dan GRO-GRO Islam yang ditangkap, merupakan kes-kes yang berulang. Hukuman denda tidak langsung memberikan kesan kepada mereka kerana mereka ini 'dibela' oleh pihak-pihak tertentu (terutamanya yang bukan Islam)yang akan membantu mereka menjelaskan denda yang dikenakan. Akhirnya , undang-undang Syariah negara seakan-akan boleh diperkotak-katikkan oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan dan anti Islam.


Harapan Saya Agar pihak berwajib dapat melindungi orang Islam terutamanya maruah Wanita Islam dari di golok gadai oleh bukan islam untuk keuntungan.
Jangan kita sibuk berpolitik sehinggakan kita terlupa untuk melindungi maruah umat islam di Malaysia ini.

28 September 2009

Takbir Raya di Haramkan di Pulau Pinang


Klik Gambar di atas untuk kenyataan

17 September 2009

Selamat Hari Raya


Suara Orang Kampung mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Dan Maaf Zahir Batin kepada semua umat Islam Di Malaysia terutamanya kepada pengunjung-pengunjung yang melawat ke Blog Suara Orang Kampung. Semoga di Aidilfitri ini akan mengeratkan hubungan sesama kita dan kukuhkan perpaduan sesama Islam dan sesama Melayu. Marilah kita bersatu kerana kita adalah Satu bangsa Dan Satu Agama di negara ini. SELAMAT HARI RAYA DAN MAAF ZAHIR BATIN

11 September 2009

PERHATIAN

SEGALA TULISAN DALAM BLOG INI HANYALAH SEBAGAI PENDAPAT PENULIS. PENULIS TIDAK BERNIAT SAMA SEKALI UNTUK MENHINA, MENHASUT ATAU BERNIAT JAHAT. PENULIS HANYA MELAHIRKAN APA YANG TERSIRAT DI MATA. HARAPAN PENULIS SEKADAR INGIN MELIHAT ORANG ISLAM TERUTAMANYA ORANG MELAYU SUPAYA KEMBALI BERSATU. SUPAYA ANAK-ANAK DAN CUCU CICIT KITA YANG BAKAL LAHIR KE DUNIA INI TIDAK MERATAP KESEDIHAN DI TEPI PUSARA KITA KERANA MELIHAT BANGSA DAN AGAMANYA DI PERJUDIKAN DAN DI HINA SEWENANG-WENANGNYA. OLEH DEMIKIAN PENULIS BERHARAP SEGALA RENCANA DAN PENDAPAT PENULIS INI DALAM BLOG INI TIDAK DI SALAH ERTIKAN. ORANG TUA DAHULU SERING BERPESAN.."SAYANGILAH BANGSA DAN CINTAILAH AGAMA" KERANA KEDUA-DUANYA SALING MEMERLUKAN. SUPAYA BANGSA TERUS DI HORMATI DAN AGAMA DI SANJUNGI. JIKA JATI DIRI BANGSA DAN CARA HIDUP AGAMA DI GABUNGKAN AKAN MELAHIRKAN KEKUATAN YANG HEBAT, SEPERTI MANA PEJUANG-PEJUANG DAHULU KALA. JANGAN LUPA PADA SEJARAH DAN KITA KEMBALILAH KEPADA AL-QURAN DAN SUNNAH. SUPAYA KITA KEMBALI BERSATU.

03 September 2009

Motor atau Buaya