01 Jun 2009

Kuasa Wanita Menawan Lelaki


Walaupun wanita di anggap lebih lemah dan kurang akalnya berbanding lelaki tetapi wanita juga mempunyai kuasa dan kekuatan semulajadi bagi menakluk, melemah dan menjatuhkan lelaki.
Kuasa atau kekuatan semulajadi wanita itu ada pada susuk tubuhnya, kesemua pancainderanya serta perlakuan seksnya. Banyak pemimpin Negara, Ahli perniagaan dan golongan ternama yang terjejas karier atau jatuh terus kerana di goda oleh wanita samada melalui konspirasi atau pun kelemahan mereka sendiri. Mereka ini biasanya di jatuhkan oleh wanita-wanita jelita melalui perangkap skandal seks, layanan seks atau khidmat seks. Banyak fakta sejarah dulu dan sekarang yang menujukkan bahawa pemimpin atau individu lelaki yang terkenal tegas, kejam dan diktator tetap lemah dan jatuh kerana wanita. Kejelitaan memang faktor utama yang boleh membuat wanita melemah dan menjatuhkan lelaki. Begitulah hebatnya kuasa wanita menawan lelaki.