26 Oktober 2009

Muktamar khas: PAS pusat nyatakan pendirian esok


PAS pusat akan mengadakan satu sidang media pagi esok bagi menyatakan pendiriannya terhadap desakan Mursyidul Am, Datuk Nik Aziz Nik Mat supaya parti itu mengadakan muktamar khas bagi membincangkan isu "dua tiga kerat pemimpin bermasalah".

Nik Aziz membuat itu dalam laman blognya ekoran kemarahannya terhadap beberapa lagi pemimpin parti, antaranya Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali berhubung isu kerajaan perpaduan."Bila mesyuarat agung (Jun lalu) tidak mahu tukar presiden (Abdul Hadi), misalnya maka tidak mengapalah. Kita pakat-pakat belalah.

"Begitu juga dengan isu-isu di sekitar Hassan atau Mustafa yang tak habis-habis dengan nak bekerjasama PAS dengan Umno ke arah kerajaan perpaduan atau UG (unity government)," tulis Nik Aziz dalam blognya.Nik Aziz berkata, beliau sedia berbuat sesuatu bagi menyelamatkan parti daripada terus menimbulkan tandatanya berhubung cadangan beberapa pemimpin tertinggi parti berhubung isu kerajaan perpaduan sehingga menimbulkan kecelaruan dalam parti.

Sidang akhbar tersebut akan berlangsung di Pejabat Agung PAS di Jalan Raja Laut, di ibunegara pada jam 11 pagi esok.

Sidang media di bilik mesyuarat utama itu, akan di ketuai oleh Mustafa Ali.

Sementara itu, Ketua Penerangan PAS, Idris Ahmad berkata desakan Nik Aziz itu akan dibincang dalam mesyuarat Majlis Syura dan Jawatankuasa Pusat parti itu "dalam tempoh terdekat ini."

Beliau menyatakan demikian dalam kenyataan perenggan. Katanya, PAS juga akan mendapatkan penjelasan daripada mursyidul am berhubung pandangannya tentang keperluan mengadakan muktamar khas itu.

"Sama ada muktamar khas luar biasa itu perlu diadakan atau tidak, kita perlu dengar dahulu penjelasan daripada Mursyidul Am," kata Idris kepada Harakahdaily.

Idris juga menggesa pemimpin-pemimpin PAS agar tidak membincangkannya secara terbuka untuk mengelak isu ini dimanipulasi.

"Adalah menjadi satu kewajipan untuk setiap pimpinan dan ahli bertenang dalam menghadapi isu ini serta tidak melatah hingga memberikan peluang kepada pihak luar melontarkan lebih banyak peluru atau prasangka yang boleh memburukan imej parti," tegas kenyataan itu lagi.

Harakahdaily juga melaporkan bahawa sekurang-kurangnya dua pemimpin kanan PAS