30 Jun 2009

Wakil Rakyat Kami


Y.B. En. Lee Chee Leong
Parlimen Kampar( P.70 ) ( Penggal, 2008~2012 )










Y.B. Cik Nolee Ashilin Bt. Dato Mohammed Radzi ( Penggal, 2008~2012 )

DUN Tualang Sekah ( N42)

More Visit: http://www.puterikampar.org

29 Jun 2009

Awek Melayu / Pelajar sekolah





Masalah Sosial di kalangan Pelajar dan Remaja haruslah di selesaikan dengan segera. Kerana mereka adalah aset dan pemimpin Negara pada masa depan.

*awek-awek sekolah sekarang ni pun ramai gak yang cun yea. Tergugat gak iman aku hehehehe

Adakah Suatu Hari Nanti Orang Melayu Akan Menjadi Pengemis Di Tanah Airnya Sendiri


Sanggupkah kita lihat Anak-anak dan Cucu-cucu kita yang bakal lahir menjadi pengemis di Tanah Airnya sendiri, Akibat dari kesilapan dan persengketaan sesama kita pada masa ini

Sejarah Ringkas Kampung Chulek

Kampung Chulek or Chulek is a traditional Malay village located to the eastern side of Gopeng, very near to the hillside. It is one of many other villages located here on the east side. Many of the houses here maintained its originality without any interference of ultra modern architecture. Everybody in here is Rawa, a community in the Malay ethnic

Rawa Cuisine
The Kelamai and Gulai Nangka has become the signature cuisine of the Rawa community in which they mastered every inch of its details and procedures. Many tourist who joined the Gopeng Homestay Program in Gopeng will experiencing these wonderful cuisine. The Kelamai or pronounce as Kelamei is a sweet dark brown delicacy similar to the Lemang. It is cooked for hours inside a specifically chosen bamboo under very tedious supervision. Not to mention the complicated pre cook procedures of preparing the dowh.

Tradition
Adet Berjojak or Adat Berjejak (in standard Malay) is a traditional ritual usually practiced for children. There are very detail protocols and constrains to abide upon completion.

Kampung Jahang

Kampung Jahang or (commonly known as Jahang by locals) is a traditional Malay village located within the outskirt of Gopeng, Perak. It is one of many Malay villages located to the east side of Gopeng, near to the hill slopes. Everybody here is from the Malay Rawa community. There are very little commercial activity here however there are small kiosk erected by locals to sell foods (kueh) and even beverages. The residents usually go to Gopeng to get their rations and other significant deals. Traditional Malay village like Kampung Jahang will be at its most vibrant whenever Aidilfitri comes annually where most of the migrated kampung folks will stay up to a week in the kampung with their families.

26 Jun 2009

Setelah Menjadi Lembing


Setelah Menjadi Lembing
Sia-Sia Jika Tidak Pernah Menikam,
Lebih Lagi Sia-Sia Jika Sekadar,
Cantik Hulu Hanya Untuk Hiasan,
Sedangkan Mata Berkarat Tumpul,
Menjadikan Senjata Melayu Itu,
Tidak Mengerunkan Sesiapa.

Sebarang Lembing Tidak Digeruni,
Melainkan Pada Kilau Matanya,
Lebih Lagi Mengerunkan,
Apabila matanya Sentiasa Tajam.

Mahal Lembing Tidak Cukup Hebat,
Jika Dibiarkan Tanpa Hulu,
Apa Lagi Jika Sumbing Dan Berkarat,
Dalam Kehidupan Bermasyarakat,
Hebat Pemimpin Demikian Ibarat.

Jika Jujur Bijaksana Berwibawa,
Ibarat Lembing Sentiasa Dijaga,
Jika Sudah Kehilangan Kuasa,
Ibarat Lembing Kehilangan Mata.

Jika Hidup Bergelumang Maksiat,
Pemimpin Demikian Hanya Ibarat,
Lembing Sumbing Penuh Karat.

Sejarah Ringkas Parti Keadilan Rakyat (PKR)


Parti Keadilan Rakyat lahir hasil gabungan dua buah parti politik di Malaysia, iaitu Parti Keadilan Nasional dan Parti Rakyat Malaysia (PRM).

Parti Keadilan Nasional lahir daripada gelombang Reformasi yang melanda negara selepas pemecatan Anwar Ibrahim daripada UMNO pada September 1998. Peristiwa tersebut menjadi titik kesedaran bagi rakyat Malaysia pelbagai kaum dan lapisan masyarakat.

Sekumpulan NGO dan Parti Pembangkang kemudian menubuhkan Gerakan Keadilan Rakyat Malaysia (GERAK). Pendokong Reformasi kemudiannya menubuhkan Pergerakan Keadilan Sosial (Adil) untuk memberi platform kepada perjuangan mereka.

Selepas itu, usaha menubuhkan parti politik menghadapi jalan buntu oleh Pendaftar Pertubuhan maka gerakan Reformasi mengambil keputusan untuk mengambil alih sebuah parti sedia ada iaitu Ikatan Masyarakat Islam Malaysia yang ditubuhkan pada 1990. Pelancaran Parti Keadilan Nasional diadakan pada 4 April 1999.

More visit:http://www.keadilanrakyat.org/

Sejarah Ringkas Parti Islam SeMalaysia (PAS)


Sebenarnya, kemunculan PAS dalam sejarah politik tanah air telah bermula semenjak 23 Ogos 1951 apabila para ulamak yang bersidang di Kuala Lumpur bersetuju menubuhkan sebuah persatuan yang dinamakan Persatuan Ulamak Se-Malaya. Nama persatuan ini kemudiannya diubah menjadi Persatuan Islam Se-Malaya (PAS) pada 24 November 1951, dalam satu
persidangan ulamak Malaya di Bagan Tuan Kecil (Butterworth), Seberang Prai. Itulah sekelumit permulaan sejarah PAS yang diasaskan oleh para ulamak yang kemudiannya berkembang menjadi sebuah pertubuhan politico-dakwah yang penting di negara ini. Penglibatan dan sumbangan PAS dala politik negara bermula sebaik sahaja ia ditubuhkan walaupun ramai pengkaji mengatakan PAS hanya menyertai politik menjelang pilihan raya 1955.

Kemunculan PAS ini dikatakan hasil daripada silang pengaruh yang berlaku antara beberapa gerakan Islam yang lebih awal seperti Ikhwanul Muslimun di Mesir, Masyumi di Indonesia dan Jamaat Islami di Pakistan. Ketiga-tiga pengaruh ini telah menyerap masuk ke Tanah Melayu melalui para ulamak yang belajar di Mesir, Mekah, India dan Indonesia. Ksedaran yang awal ialah para ulamak atau umat Islam memerlukan sebuah pertubuhan atau badan yang boleh mewakili mereka dalam semua aspek kehidupan terutama dalam keadaan Tanah Melayu sedang dijajah oleh British ketika itu. Longgokan ksedaran ini kemudiannya menghasilkan Majlis Tertinggi Agama Malaya (MATA) pada 1947 diikuti oleh Hizbul Muslimin pada 1948 kesan daripada usaha gigih Dr Burhanuddin al-Helmy dan Ustaz Abu Bakar al-Baqir. Walau bagaimanapun, gerakan Islam yang berpusat di Gunung Semanggol ini terkubur ekoran penguatkuasaan Ordinan Darurat pada Jun 1948.

More visit: http://www.parti-pas.org/

Sejarah Ringkas Parti DAP

Diasaskan pada Oktober 1965, Parti Tindakan Demokratik (DAP) didaftarkan secara rasmi enam bulan kemudian pada 18 Mac 1966 sebagai sebuah parti demokratik sosial
yang

“berjanji akan berpegang kuat kepada ideologi satu negara Malaysia yang bebas, demokratik dan berfahaman sosialis, berdasarkan prinsip-prinsip keadilan kaum dan kesaksamaan sosial dan ekonomi yang berasaskan institusi demokrasi berparlimen.”(PERISYTIHARAN SETAPAK, dibuat pada Kongres Kebangsaan DAP pertama di Setapak, Kuala Lumpur pada 29 Julai 1967)

Pada Ogos 1966, “Lidah Rasmi” Parti iaitu Roket diterbitkan buat pertama kali


1. Bulatan berwarna biru adalah lambang perpaduan rakyat Malaysia yang berbilang kaum.
2. Latar belakang berwarna putih sebagai lambang kemurniaan dan kejujuran.
3. Roket berwarna merah sebagai aspirasi Parti dalam membina sebuah masyarakat yang moden, dinamik dan progresif. Empat pemacu roket berwarna biru menandakan sokongan dan daya gerak kepada matlamat Parti oleh ketiga-tiga bangsa utama di Malaysia – Melayu, Cina, India – dan lain-lain

18 Jun 2009

Apa Bila Tanah Pusaka Orang Kampung Hendak Di Rampas

video

Harapkan Pagar, Pagar Makan Padi.. Kesian sungguh Orang Kampung ini. Di aniaya..tak siapa pun datang membelanya..

17 Jun 2009

Perpaduan

15 Jun 2009

Melayu oh Melayu




video

10 Jun 2009

Sajak- Usman Awang


Melayu,
Melayu itu orangnya bijaksana
Nakalnya bersulam jenaka
Budi bahasanya tidak terkira
Kurang ajarnya tetap santun
Jika menipu pun masih bersopan
Bila mengampu bijak beralas tangan
Melayu itu berani jika bersalah
Kecut takut kerana benar
Janji simpan di mulut
selalu pecah di mulut
Biar mati adat
Jangan mati anak
Melayu di Tanah Semenanjung luas
Maknanya....
Jawa itu Melayu
Bugis itu Melayu
Banjar juga di sebut Melayu
Keturunan Acheh adalah Melayu
Jakun dan Sakai asli Melayu
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
Melorongkan jalur sejarah zaman
Begitu luas daerah sempadan
Sayangnya kini segala kehilangan
Melayu itu kaya falsafahnya
Kias kata bidal pusaka
Akar budi bersulamkan daya
Gedung akal laut bicara
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
Terlalu ghairah pesta temasya
Sedangkan kampung telah tergadai
Sawah sejalur tinggal sejengkal
Tanah sebidang mudah terjual
Meski telah memiliki telaga
Tangan masih memegang tali
Sedang orang mencapai timba
Berbuahlah pisang tiga kali
Melayu itu masih bermimpi
Walaupun sudah mengenal universiti
Masih berdagang di rumah sendiri
Berkelahi cara Melayu
Menikam dengan Pantun
Menyanggah dengan senyum
Marahnya dengan diam
Merendah bukan menyembah
Meninggi bukan melonjak
Watak Melayu menolak permusuhan
Setia dan sabar tiada sempadan
Tapi jika marah tak nampak telinga
Musuh di cari ke lubang cacing
Tak dapat tanduk telinga di jinjing
Maruah dan Agama di hina jangan
Hebat amuknya tak kenal lawan
Berdamai cara Melayu indah sekali
Silaturahim hati yang murni
Maaf di ungkap sentiasa bersahut
Tangan di hulur sentiasa di sambut
Luka pun tidak lagi berparut
Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan
Selagi yang ada sanggup di berikan
Sehingga tercipta sebuah kiasan
"Dagang lalu nasi di tanakkan
Suami pulang lapar tak makan
Kera di hutan di susu-susukan
Anak di pangkuan mati kelaparan"
Bagaimana Melayu abad kedua puluh satu
Masihkan tunduk tersipu-sipu?
Jangan takut melanggar pantang
Jika pantang menghalang kemajuan
Jangan segan menentang larangan
Jika yakin kepada Kebenaran
Jangan malu mengucapkan keyakinan
Jika percaya kepada keadilan
Jadilah Bangsa yang bijaksana
Memegang tali Memegang timba
Memiliki ekonomi mencipta budaya
Menjadi Tuan di Negara Merdeka.

Video Sidang DUN Negeri Perak

video

Baru-baru ini, ada seorang sahabat saya beri saya sekeping Vcd.. suruh saya menontonnya. setelah saya menontonnya, Rasa terkejut gak dengan apa yang terjadi dalam Sidang Dun ni. Walaupun saya kurang arif mengenai hal ini. Bagi pendapat saya Peristiwa begini sungguh memalukan. Harap peristiwa begini takkan berulang lagi.

01 Jun 2009

Kuasa Wanita Menawan Lelaki


Walaupun wanita di anggap lebih lemah dan kurang akalnya berbanding lelaki tetapi wanita juga mempunyai kuasa dan kekuatan semulajadi bagi menakluk, melemah dan menjatuhkan lelaki.
Kuasa atau kekuatan semulajadi wanita itu ada pada susuk tubuhnya, kesemua pancainderanya serta perlakuan seksnya. Banyak pemimpin Negara, Ahli perniagaan dan golongan ternama yang terjejas karier atau jatuh terus kerana di goda oleh wanita samada melalui konspirasi atau pun kelemahan mereka sendiri. Mereka ini biasanya di jatuhkan oleh wanita-wanita jelita melalui perangkap skandal seks, layanan seks atau khidmat seks. Banyak fakta sejarah dulu dan sekarang yang menujukkan bahawa pemimpin atau individu lelaki yang terkenal tegas, kejam dan diktator tetap lemah dan jatuh kerana wanita. Kejelitaan memang faktor utama yang boleh membuat wanita melemah dan menjatuhkan lelaki. Begitulah hebatnya kuasa wanita menawan lelaki.