Sekumpulan pelajar perempuan India yang mengambil jurusan perubatan berkumpul untuk melihat seorang pensyarah melakukan pemeriksaan ke atas satu mayat. Mereka berkumpul sambil mengelilingi tempat mayat itu di letakkan
Dalam bidang perubatan, ada dua kualiti yang sangat penting untuk menjadi seorang doctor. Pertama Kamu semua tidak boleh jijik melihat mayat” ujar pensyarah tersebut
Sebagai contoh pensyarah itu mecucuk satu jarinya ke dalam mulut mayat kemudian menariknya semula dan menjilat jarinya itu.
“Sekarang cuba kamu buat” Kata pensyarah itu. Selepas berpandangan sesama sendiri beberapa saat dengan wajah yang ngeri, barulah pelajar-pelajar perubatan mengikut apa yang mereka lihat. Seorang demi seorang memasukkan jari ke mulut mayat dan menjilatnya dengan perasaan jijik.
Apabila semua pelajar selesai, pensyarah itu memandang ke arah mereka dan berkata. Kualiti kedua yang sangat penting adalah pemerhatian yang tajam. Seperti tadi, saya memasukkan jari hantu tetapi menjilat jari telunjuk! Sekarang tumpukan perhatian, faham!!!
Pelajar-pelajar terkedu sambil membetulkan cermin mata tebal masing-masing dan ada juga yang nak termuntah.