PERKASA menyokong penuh kenyataan Bekas Hakim Mahkamah Rayuan Dato Mohdi Noor Abdiullah supaya kerajaan mengimbangi kewujudian tanah milikan umun dengan Tanah Rizab Melayu dimana sekurang kurangnya 6O% di miliki oleh orang orang melayu sepanjang masa.
Saranan ini pernah saya bawa ke perbahasan Parlimen sebelum ini 2 kali dan juga mengajukan soalan lisan.Ianya termasuk juga didalam resolusi Kongres Ekonomi Bumiputra sebelum ini yang di anjur oleh MPM tajaan PERKASA.
Kerajaan perlu mengeluarkan butiran terperinci tanah rezab melayu yang telah di ambil untuk projek awam (jumlah hektar) dan apakah sudah di ganti sepenuhnya.
Memang Enakmen Rizab Melayu memperuntukan setiap inci tanah rezab melayu di ambil,mesti di gantikan setiap inci dengan nilai yang sama.Ianya termaktub di dalam Perlembagaan Malaysia.
Amat wajar TERAJU memainkan peranan mendapatkan maklumat terperinci mengenai Tanah Rizab Melayu,memastikan kerajaan mengantikan nya secepat mungkin dan mana mana tanah Rizab Melayu yang stratejik,wajar di bagunkan untuk tambah nilai kapada hartatanah milek umat melayu dan bumiputra. PERKASA baru baru ini telah membuat kunjungan hormat ke pejabat TERAJU di Kuala Lumpur dan isu tanah rizab juga turut menjadi topik perbincangan.
Perkasa menyeru semua pihak termasuk NGO NGO melayu turut berperanan secara berkesan bagi menjamin Tanah Rezab Melayu di jaga dan di ganti segera mana yang belum yang telah di ambil.Tanah terus berkurangan.
Hilang Tanah maka Hilang Kemerdiekaan Bangsa kerana Tanah tidak dapat di buat oleh manusia,Ianya ciptaan dan pemberian Allah SWT
Melalui kenyataan SMS oleh YB Dato Ibrahim ALi Presiden PERKASA kepada laman web pribumiperkasa.com