29 September 2009

Cadangan- Pesalah Khalwat bukan Islam Juga harus di hukum

Cadangan yang dibuat ialah untuk mengenakan hukuman berat terhadap perlakuan jenayah syariah termasuk kes khalwat, pelacuran, mabuk, judi dan sebagainya.

Antara cadangan yang dikemukakan ialah untuk turut sama mengheret mana-mana orang bukan Islam yang terlibat dalam kes-kes khalwat dengan mana-mana pasangan mereka yang beragama Islam. Saya pasti, ramai antara kita yang sudah lama tertunggu-tunggu cadangan seperti ini dikemukakan. Adalah tidak adil sekiranya hanya mana-mana pihak yang beragama Islam dihukum apabila melakukan kesalahan sedangkan mereka yang jelas bersubahat dan mendorong orang Islam terbabit melanggar undang-undang dibiarkan terlepas dan bermaharajalela tanpa dikenakan apa-apa tindakan.

Saya juga sangat berharap agar cadangan ini yang akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara, turut sama memasukkan serta dapat menyabitkan mana-mana pihak bukan Islam yang menggajikan GRO-GRO Islam, tukang-tukang urut wanita Islam serta mana-mana pihak yang bersubahat serta menggalakkan mana-mana orang Islam untuk melanggar undang-undang syariah, turut sama diheret dan dihukum dalam mana-mana mahkamah (dalam kes ini, tentulah mahkamah sivil), dan tidak hanya tertumpu kepada kes-kes khalwat.

Cadangan yang dikemukan untuk memberikan hukuman yang lebih berat termasuk meningkatkan jumlah hukuman rotan sangat saya persetujui. Jika anda biasa membaca tabloid Bahasa Melayu, kebanyakan dari kes-kes khalwat dan GRO-GRO Islam yang ditangkap, merupakan kes-kes yang berulang. Hukuman denda tidak langsung memberikan kesan kepada mereka kerana mereka ini 'dibela' oleh pihak-pihak tertentu (terutamanya yang bukan Islam)yang akan membantu mereka menjelaskan denda yang dikenakan. Akhirnya , undang-undang Syariah negara seakan-akan boleh diperkotak-katikkan oleh mereka yang mempunyai kemampuan kewangan dan anti Islam.


Harapan Saya Agar pihak berwajib dapat melindungi orang Islam terutamanya maruah Wanita Islam dari di golok gadai oleh bukan islam untuk keuntungan.
Jangan kita sibuk berpolitik sehinggakan kita terlupa untuk melindungi maruah umat islam di Malaysia ini.