28 April 2009

Perubahan Iklim Dunia

Pemanasan Global memerlukan kita untuk menangani kesan perubahan cuaca. Tetapi, sebahagian besar lapisan masyarakat Malaysia tidak sedar ataupun bersedia untuk menghadapi perubahan yang tidak di duga ini.
Kita perlu mula merekod iklim yang keterlaluan dan kekerapan di kawasan-kawasan yang berisiko tinggi. Ini dapat membantu agensi-agensi yang terlibat secara langsung dan tidak langsung dalam mengurangkan kesan perubahan cuaca. Ini juga meliputi kerja-kerja infrastruktur seperti saliran dan aktiviti pihak berkuasa tempatan untuk menghadapi perubahan ini serta meminimumkan kesannya kepada rakyat.
Terdapat bukti yang kukuh bahawa kita tidak mengadaptasikan diri kita kepada perubahan cuaca. Kesannya yang tidak dapat di kawal kadang-kadang boleh mengatasi persediaan kita. Kita hanya boleh mengambil langkah untuk menangani kesan daripada perubahan cuaca sahaja